BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010

Tidak Melayu Hilang Di Dunia..

First of all..before I go further with this entry....let me point out tht this entry has nothing to do with my political belief and nothing to do with racism..being a Malay I just want to write something about how I feel observing the depletion of the Malays...and they blame modernisation as the culprit...

Andaikata HanG Tuah masih hidup, mesti dia akan menangis melihat anak bangsanya yg mula pupus dari muka bumi ini..bukaN pupus secara fizikal..tiap hari ramai anak2 Melayu yang dilahirkan..but ramai yang akan membesar dgn nama Melayu sahaja ..tupun kalau dinamakan Melayu..Cuba kita lihat sekeliling kita berapa ramai anak2 remaja Melayu yang bangga jadi org Melayu..kadang2 geleng kepala bila melihat cara mereka berpakaian dan berinteraksi..tak payah cakap pasal pergaulan sosial mereka..budak bandar and budak kampung sama saja..Kadang2 budak kampung yg lebih bila dah sampai ke kota..agaknya sebab nak sesuaikan kulit mereka dgn kepanasan hawa kota..Tak payah cakap sebab mereka tandus agama...anak Pak Imam pun sama juga..pakai baju dah lah singkat and sempit..terdedah sini terdedah sana..Sedihkan, bapak kat kampung puas ceramah kat masjid ingatkan org lain..anak sendiri kat kota dah lupa harga diri..lupa dirinya beragama Islam and lupa dirinya seorang Melayu..Sedar atau tidak, orang Melayu hari ini rata2 ramai suka berhibur dan berpeleseran...siapa pengunjung konsert Jom Heboh, siapa peserta rancangan mencari bintang baru..tak kira bintang tua or bintang kecil, siapa penonton teramai rancangan hiburan di TV..jawapannya satu sahaja..ORANG MELAYU..Berapa ramai org Melayu yg menyertai rancangan menduga akal and kebijaksanaan( rancangan pop kuiz, Ewah2 etc tak termasuk dlm senarai) ..jarang jumpakan peserta Melayu???

Aaagh!!!! Melayu sudah semakin hilang di dunia..mungkin satu hari nanti anak cucu kita kena buka kamus dewan untuk mendapatkan definisi tepat MELAYU..



Sorry .. I emotional sikit bila cakap pasal Melayu...always ngusik my munchkin...nasib baik I bukan org Melayu...nasib baik I campuran Satu Malaysia..Cina, India, Melayu and Bugis...Kenapa pula malam ni I cakap pasal bangsa Melayu..actually penat sgt hari ni..bukan hari ni..for this week blum rehat lagi..ni I sedang ambil nafas..refresh and sambung balik kerja hari esok..Tu yang ambil peluang update blog..and this time I nak present something yang berkaitan dgn simbol orang Melayu..tanjak or tengkolok or destar..and juga keris..

Maybe ada yg tidak tahu apa dia tanjak..rasanya a picture can tell a thousand word..tak payah nak i huraikan apa dia tanjak. One of my dearest customers..Lynn..the one yg I buatkan vintage bag pink and alat2 solek tempuh hari, beria2 mahu I buatkan kek hantaran berkonsepkan kemelayuan..infact dia emelkan sekali gambar kek..sepasang baju melayu putih diatas songket hitam, disertakan dgn songkok hitam, seutas tasbih and senaskah al-quran..semuanya dibuat dari fondant..I called her up and minta izin utk buat something different..coz I do not want to hasilkan hasil kerja org lain..tapi sebab utama..I don't like to buatkan gubahan Quran from fondant..maaf pada yg terasa..Al-quran is our Holy kitab yg harus dijaga dgn apa cara sekalipun kehormatannya..bukan utk dibuatkan hiasan diatas kek..Alhamdulillah Lynn tak kisah as long as ada unsur Kemelayuan..and mesti ada silver, white and black..



So..bila cakap pasal unsur Kemelayuan..terus terbayang nak buatkan setanjak and keris..dua2nya simbol kemegahan status orang Melayu...masa dululah..sekarang ni kalau pekai setanjak pergi shopping org kata gila...kalau pakai keris kat pinggang sambil ronda KLCC silap2 kena tangkap..So puaslah I google cari gambar keris. Mula2 ingat nak buat keris terbuka sarungnya..kena marah dgn munchkin I. Rupa2nya ada rahsia disebalik keris terbuka sarung apalagi kalau ia tegak terhunus keatas..pantang org Melayu..ia seolah2 mencabar org untuk berlawan dgn kita..dlm erti kata lain mencari musuh. Sumpah..I tak pernah tahu yg kita tidak boleh mempersembahkan keris yg terbuka sarung..well I learnt something. So dibuatkan keris yg bersarung..and diwarnakan silver and gold..actually semenjak ada airbrush, semua kek yg I buat mesti nak di airbrushkan dgn sheen..I am using americolor sheen here...senang sangat guna airbrush...cepat and lebih ekonomi..and hasilnya mengkagumkan..




Sebagai hiasan..diletakkan 3 kuntum mawar putih sebagai penyeri and sebagai simbol kasih sayang Lynn pada buah hatinya. And you all boleh nampak dgn jelas kelainan pada bunga mawar kali ni..bukan sebab i dah edit dgn picasa..memang berkilat macam ni..airbrush dgn pearl sheen..



Tanjak dan keris adalah dua simbol kemegahan orang Melayu..cara persembahnnya pun kena ada cara..penuh beadat dan penuh kelembutan..so kedua2nya diletakkan diatas persada bulat..yang juga diairbrushkan..and I gunakan my new textured roller bought from Bakers choice in Setapak. To my fellow friends yg involve in this deco world ..jgn teragak untuk invest in gadgets..mungkin hari ni kita tak gunakan..but esok lusa mungking the gadgets yg jadi gajah putih boleh memudahkan kerja2 dekorasi kita...bukan sahaja nampakcantik tapi menjimatkan masa kita juga..


Finally introducing the main object..the tanjak..Tapi kita tengok pandangan dari belakang dulu ye. Notice lipatan kecil dibelakang..Jangan salah faham..ini bukan dibuat dari fondant semuanya. Actually it is a mini cake yg dibalut dgn fondant..nampak senang tapi sebenarnya kerjanya rumit for a self taught and a beginner like me coz I beria2 nak menghasilkan seperti tanjak yg sebenar..and kalau tak silap..lipatan tanjak ni diberi nama Dendam Tak Sudah (don't ask me dari mana nama ni dapat and kenapa dipanggil begini, sedangkan kalau diikutkan budaya org Melayu yang pemaaf, kita tidak boleh berdendam) Tanjak ini dikatakan berasal dari Negeri Sembilan and sipakai oleh Yang Dipertuan Agong..Daulat Tuanku. so I follow all the lipatan. To be honest I gave up already..was so frustrated sebab tak menjadi..apatah lagi masa buat ni..ini merupakan kek yg keberapa dlm hari tu I pun dah tak ingat lagi and I was so tired...malam pun dah larut, so I just leave the cake like that..The next morning terus dapat idea nak buat mini cake ni..and alhamdulillah menjadi..and terus call my munchkin..by the way, sengaja digunakan corak lingkaran untuk menampakkan kesan songket..




So here it is, my tanjak Dendam tak sudah..actually I wonder juga sape yg bagi nama mcm ni..honestly ia tak mencerminkan budaya nenek moyang kita yg selalu berpesan..jgn berdendam..maafkan aje..Dendamlah yang akan menghancurkan kita. Nak pakai tanjak dendam tak sudah tak apa..tapi ingat..jangan berdendam :)...Selalunya tanjak akan dihiasi dgn brooch, si I buatkan brooch silver and hitam..




Well, finally before I end this entry..thankyou to Lynn sekali lagi..semuga my artwork dapat puaskan hatinya yang inginkan konsep Melayu..hitam putih and silver. Actually she got to know about my work from my blog..yup, most of my customers adalah dari blog I..terima kasih atas sokongan yg diberi..walaupun kadang kala terpaksa menolak tempahan..bukan sebab sombong..but tak mampu nak membuatnya..i'm afraid if kalau kerja tergopoh2 nanti hasilnya tak cantik...and terima kasih kepad pengunjung blog i yang sentiasa memberi kata2 sokongan and perangsang..thank you so much..hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan...and sehingga kita berjumpa lagi..hayatilah lirik lagu dibawah..first time bila dengar lagu ni..meremang bulu roma dan tanpa disedari air mata mengalir..and rasanya airmata ini akan terus mengalir kerana bangsaku sudah semakin hilang...


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

1 comments:

Afy Aliman said...

hi boleh saya tahu brape cake ni harganyer?

Related Posts with Thumbnails