Salam buat semua..setelah sekian lama menghilangkan diri....and I missed the novelty cake competition too...However, alhamdulillah, I got the chance to update this blog...was so busy with orders and also the wedding of my dear bro in law in Kota Tinggi...the last wedding in the family...ha...ha...ha..we just recognise first wedding only..if ada second or third wedding, buatlah sendiri. to my close friends especiallyto those in Johor, sorry for not inviting coz it was just a small reception. My mother in law was the "big Director" for the wedding and she is so creative..semua hantaran and pelamin dia yg buat...jimat belanja n menepati citarasa sendiri..the concept was roses n roses...white, pink and red roses...
And I was given the honour to do the wedding cake..which I took it as a very big challenge....lebih teruk daripada masuk competition...The judge for this wedding cake lebih hebat dari semua pakar didunia...Its not about winning..but it's about samada I dapat memuaskan hati my dearest my MIL...my ibu....Actually my BIL wanted his Honda as his wedding cake...but ibu wanted a flowery concept and as usual...had to give way to ibu....Ha..ha...ha..Apis, my BIL can have his Honda for his second wedding..but i will not dare to do it for him, carilah orang lain...Someone will definitely gonna kill me if I do the Honda for him...
Ibu memang suka sangat dgn bunga2 especially roses n majlis perkahwinan tersebut memang dipenuhi dgn bunga2an yg digubahnya sendiri..which was sooo beautiful...So I had to make sure that my cake sama conceptnya.....flowery, romantic...and of course it has to be very elegant n classic too....but tak boleh lari dari roses...At first I wanted to do something related to the pelamin design...but it was a disaster..a very big disaster...what I did was...airbrushed the base with light brow...did few free cutouts n tampalkan keliling cake...and sebagai orng yg sungguh "artistic"...ha...ha..ha.,jgn salah faham makna tu..bukan nak mengampu diri....but sebagai sindiran kepada diri sendiri...I cuba buatkan blots using gold dust using brushes..konon2nya nak kan dusty effect...lain yg dicita..lain yg jadinya...I ended up with a very ugly "cheetah" effect...disebabkan warna airbrush yg belum kering...Termenung sekejap n kebetulan my maid lalu.."Lin, apa kamu fikir tentang kek aku? Aku mahu pandangan ikhlas dari kamu". Terkebil2 mata si Linda cuba mencari jawapan yg benar2 ikhlas..salah jawab khuatir dipotong gaji agaknya...Lama dia duduk memikirkan jawapannya..Akhirnya "Kan belum siap kak...nanti kalau udah siap mesti menarik seperti selalu". "Aku bukan kata sesudah siap...aku mahu pandangan kamu sekarang?".....Ha..ha...ha..kesian si Linda, lagi terkebil2 mencari jawapan...mungkin sambil menelan air liur..."Kurang cantik kak...Tidak mcm yg selalu kakak buat.." Haaaaa...tu dia, akhirnya jawapan yg sgt ikhlas dari my maid...Yup, she was right..it was sooo ugly in my eyes...even my daughter Iman who is 7 cakap kurang cantik....selalunya cantik...Well, I guessed i knew what I patut buat....Cuba teka apa agaknya I buat?
I buka balik the whole thing...the fondant maksud I....Iced kan bali kek and this time datang idea lain...To my decorator friends, jangan mudah mengeluh if apa yang kita rancangkan tidak menjadi and jgn cepat give up...coz sometimes our failure will create something better...always remember, Allah has HIS special way didalam mengajar and menyedarkan kita...so jgn cepat putus asa....never jadikan kegagalan kita sebagai pembunuh kepada hasil karya kita...Ok back to the cake...Lepas cabut semua fondant..i terus dapat ilham untuk buat something different..
So for the 1st tier..i "balutkan" dgn kain satin..colored with ivory and then airbrush dgn pearl sheen...and ditabur manik pearl juga...Keseluruhan base ditutup dgn "kain satin"...and it really created a very big impression..Tak susah sebenarnya nak buat effect lipatan kain ni...mcm kita deal dgn kain betul...has to make sure it has natural drops and flows..jgn kaku...
For the 2nd n 3rd tier..i buatkan lace effect..guna lace mould dari SF..However I cairkan sikit warna tiers ni..so nampak ada kelainan sikit...airbrushed sepeti biasa dgn pearl sheen...boleh juga if tak diairbrushkan but taklah cantik sgt hasilnya...For those yg masih takut dgn airbrush..dont worry, airbrushing bukannya susah mana pun...picit and tekan saja..takda yg teknikal...Trust me, anak kecil pun boleh airbrush..so pada sesiapa yg ada airbrush, gunakanlah semaximum yg mungkin airbrush tu...jgn dijadikan tukun or brng perhiasan...he..he..he...Kak Suzana from penang...jgn biarkan airbrush berabuk ye...lol ;p
And now, lets talk about the hiasan...ofcourse..it has to be roses and romantic...so for the topper I decided to letakkan jambangan kecil of roses yg I buat sendiri..
and hiasan pengiringnya...i buatkan "rantai mutiara" berjatuhan dari atas and hingga kebawah menjejaki 1st tier..and this was done by my daughter Diyana...she is really good in making pearls. I love pearls sooo much in my real life..i prefer pearls to gold for perhiasan diri...To me..pearl melambangkan kelembutan, keromantikan, kewanitaan, keanggunan..dan banyak lagi
Ok...now...the main flowers....gubahan roses bersulamkan daun yg i sendiri lupa namanya...mula2 buat daun hijau..but tak padan pula rasanya ..so bila jumpa daun yg corak macam ni terus tukar...the different colours are manually colored/lustered.
As for the roses..alah bisa tegal biasa..jgn takut nak cuba..Mula2 cuba takkan dapat perfect terus kan...banyakkan practice..jgn asyik nak bergantung pada bunga yg dibeli dikedai sahaja...
All the roses disapukan dgn petal dust...By the way, lingkaran merah tu adalh wire bunga yg dibalut dgn florist tape merah. So jambangan tersebut diletakkan disisi kek..
Haaaa..berdebar juga...bila kek dah siap, i duduk sambil membelek...and telling my mucnhkin.."this cake is too simple, do u think Ibu will like this cake?" And I dah tahu jawapannya "U are looking at it from a view of a designer..but for normal people it's spectacular"..Yup my munchkin always know how to mententeramkan perasaan I every time I complaint about my own design.
So the cake travelled all the way to Kota tinggi and we were the last to sampai...ha...ha...ha..sebab tu le I risau sgt...but alhamdulillah..sampai aje kek, semua mengerumini nya and the best reaction was from my Uda.."Alah cantiknya Kin..."..and tak habis2 dia memuji especially my laced tiers..padahal I hanya guna lace mould aje...Dari airmuka ibu, I know she was very happy and pleased with the cake..alhamdulillah..tq Allah...
So since we had our yassin very early in the morning..the cake pun harus bersiap awal...and as usual..I had my own tier separator to suit with the setting up of the cake...My aunties ..Uda n cik Ija pun turut sama menghias meja kek and it was fun...we had petal roses ditaburkan keliling and diletakkan 3 tangkai mawar putih..it was so lovely and romantic..minta maaf ya...saya cuba memerasan kan diri....
The cake was the main attraction during the ceremony...and I was really happy to see that ibu was so proud with cake...dia jadi promoter utk kek tu pada kawan2nya..me so happy...hilang rasa penat...
And ramai yg ingat satin cloth tu the real one..sampaikan pengantin sendiri tanya mcm mana nak potong kek tu..yg mana satu kek..of course it was a real cake..and bila sahaja kek dipotong berkumandang lagu "Demi cintaku padamu"..and it was so romantic..but dlm masa yg sama I noticed muka DJ was mcm terperanjat..rupa2nya dia memang terperanjat sampai dia buat announc3ment..yg dia memang terperanjat coz dia ingat tu kain betul and all the while dia fikir mcm mana nak cut through the kain..kena angkat ke..lol..padanlah muka dia hairan semacam aje bila pengantin potong kek...
so for the first time..I had to cut my own decorations utk didistributekan kepada semua para tetamu and alhamdulillah cukup..Sedih juga..but what to do....alhamdulillah, ramai yg memuji kek tu..and even ada yg nak tempah..oh dear..jauhnya nak hantar...but alhamdulillah ..
Ada few funny incidents wktu i potong kek tu..but sebelum tu dah memang ada yg duduk "mengendap" kek I....and waktu pengantin potong kek pun dah ada yg mengendeng tepi meja...ha..ha...ha.rupanya mereka berminat pada sesuatu....guess what? It was so funny..semua yg hadir gelak tenguk gelagat mereka...
They were eyeing for my pearls rupanya...sibuk minta rantai pearl tu waktu i potong kek...and they were so happy bila I bagi..siap pakai kat leher..and sambil memakan the beads...jangan semut naik keleher udah...
All in all..we were so happy majlis berjalan dgn lancar walaupun kepenatan melayan tetamu..and alhamdulillah coz my kids will have their weddings in Melaka not in Johor..lol...If buat kat Johor tak larat coz majlis sampai kepetang..semuga Allah memanjangkan usia me and my darling munchkin to see all the happy moments..Well before I pen off..to apis and ana selamat pengantin baru..always bertolak ansur didalam segala hal..and always appreciate pasangan kita..Jangan diperbesarkan isu yg remeh temeh and terimalah segala kelemahan yg ada pada pasangan kita...Banyakkan bersabar and always remember pasangan kita adalah anugerah terbaik Allah untuk kita..bagaimana kita begitu jugalah pasangan kita..semuga kasih sayang bersemi hingga ke jannah..and talking about this..last week, I bersolat maghrib disebuah surau lama di Limbungan Melaka..a very old surau..me and my munchkin always stop at this surau satu masa dulu bila tk sempat nak solat magrib dirumah..and I really love to solat here..so menenangkan walaupun surau kecil . We know well the bilal...so bila dah lama tak pergi, lepas solat berbual le dgn Pak bilal..dia jemput dtng kerumahnya ..tapi dia kata masak le sendiri apa yg ada since isterinya dah meninggal..So diceritakan lah tentang pemergian isterinya yg tak disangka2..and isterinya dah meninggal lebih kurang 2 tahun..hampir sama dgn my darling mum...Mengalir air mata mendengar dia bercerita..Ramai yang suruh dia kahwin..but jawapannya senang aje pada setiap orng yg suruh dia kahwin.."Kau lah kahwin"..dia cakap..tiada apa lagi yg diperlukan selain menumpukan perhatian pada sisa usia yg makin berkurangan...tiada beban jgn cari batu untuk digalas..and I noticed ada airmata bergenang dikelopak matanya..Dlm suara sebab dia berkata sebab sebenarnya dia mahu bersama isterinya semula sewaktu diakhirat..Ya Allah..air mata I mengalir waktu mendengar pengakuan dia..begitu taat kasih sayangnya untuk isteri tercinta..berapa ramai lelaki diluar sana yg kehilangan isteri berfikiran begini..majoriti yg I tahu pasti akan mencari baru..walau besar mana kasih sayangnya sekalipun...infact ada yg berkata mereka boleh babas if mereka keseorangan..semuanya alasan lelaki..Rasanya I nak buat aje award pada duda2 yg tidak berkahwin and tetap mendambakan kasih untuk arwah isteri tercinta..How I wish..hmmmm..Dlm sedih..sempat juga my munchkin bergurau dllm kereta..."Ada teka teki untuk u..apa dia...banyakkk sgt berlaku? Memang banyakk berlaku? And terlalu amat jarannnng berlaku?" Agak2nya apa jawapannya? Well..this is the jawapan to his teka teki-teki...banyakkk sgt berlaku - suami yg kahwin lebih dari satu sewakut hayat isterinya...Memang banyak berlaku - suami yg terus kahwin bila isterinya meninggal and amat jarannngg berlaku - suami yang tidak berkahwin lagi bila isterinya meninggal..Hmm..dlm gelak I cuba meneka my munchkin masuk dlm kategori yg mana?
well dah melalut pula I ..okay let me share with all of u..kegembiraan keluarga kami menyambut menantu and adik ipar...
The rehearsal a nite before with all the pari2s n the para2s..wow..it was a very tiring rehearsal controlling the kids and penuh gelak ketawa...lucu tenguk gelagat mereka..
And the para2s bersantai before the perarakan..4 orng sahaja ..tapi havocnya Ya Allah....tu belum lagi yg buat hal tak nak masuk barisan...
The sweet Pari2s...they are so sweet n pretty..ut dlm kelembutan tu sempat juga bergaduh..berebutkan bunga tangan..padahal sama saja.
and the perarakan masuk rombongan diraja....lead by cucu sulung my darling Diyana..she was so shy...but she had to do it demi menenangkan si para2 paling kecil ...if not kucar kacir dibuatnya...However, they suprised us during the persandingan..they were so well behave and they were so cute n lovely..
Alhamdulillah..everything was ok..walaupun kami penat...Thank you allah kerana memudahkan segala urusan kami pada hari tersebut..nampak jelas semangat kejersama dan kekeluargaan yg rapat...too bad..this will be the last wedding and mungkin susah lagi untuk mengumpulkan emua ahli keluarga kami yg besar...hanya kematian sahaja yang akan dapat mengumpulkan semua ahli keluarga kedua belah pihak ibu and ayah...and dlam suasana yang berbeza...
well, before i pen off...ha..ha...ha..berapa kali cakap nak pen off..tapi tak pun..maafkan lah saya..Well kali ni real punya but pada yg belum lagi menggantikan puasa tahun lepas..segeralah berbuat dmikian..usah ditangguh2 kan and semuga usia kita panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang amat dirindui..amin....Salam sayang buat semua....
Thursday, June 30, 2011
Demi Cintaku Padamu.....
Posted by sweetmunchkiny (shikin - 012 606 9494) shikinbasiron@gmail.com at 6:42 AM 0 comments
Labels: 3 tier cakes, fondant wedding cake, ivory, life size flowers
Thursday, March 24, 2011
Lingkaran kasih

salam semua....finally i can gantung my apron for a short while...had been busy baking cuppies...hundreds of them for the past few days..and honestly, I prefer baking cakes compared to cuppies. If setakat 25 biji tu ok sangat le..but if dah beratus-ratus rasa mcm nak pengsan..kerjanya leceh sgt..kena isi satu persatu...if big cakes..tuang aje semua dlm acuan terus aje bakar..and boleh buat kerja lain. When it comes the time to decorate lagi haru...1000 cuppies..1000 kali kena hias...if big cakes senang aje..but I still enjoy doing it...maybe salah satu kebagusannya membuat cuppies..the whole family members have to help me....my 2 youngest tolong isikan cawan kertas, my eldest tolong sapukan cream n my munchkin...kena pegang piping bag tolong I decorate... ;)
Ok...this entry is my showcase for a work which had been done long time ago..sorry ye Farah..aunty is so busy...cuma ada masa sekali seminggu saja nak update my blog..This cake ditempah khas oleh Sis Farah dari Seremban istimewa untuk kejutan kakak kesayangannya yg bernama Farah juga..ha..ha...ha...me too having the same problem..I have two adorable and lovely Farahs too..Farah Diyana...and Farah Eeman..n they go to the same school..and bila cikgu cakap pasal Farah..I have to ask them which Farah. And the best thing my sister lagi besar masalahnya nanti..she has 4 lovely Faqihas..my beautiful and lorat nieces in Kemaman. Oops..I dah mula melalut...So according to Farah, she wanted something very sweet and English...So in my head terus terbayang..small roses yang melingkari sekeliling cake..pink and white...laces n butterflies..
So my roses kali ni memang small roses...with different hues of pink...senang aje nak buat ros ni..and tak ambil masa yg lama...and the green lingkaran I gunakan royal icing...begitu juga dengan daunnya...gunakan piping nozzle utk daun...nozzle no 67, 66 and 65...and ada yg lebih kecil lagi..65s...and of course the daun will be small...sesuai untuk cupcakes...
Oops..jangan tertipu..itu bukan lace dari royalicing..ramai yg ingat royal icing...I gunakan lace mould bought from sugarflours...Phew,berpeluh membuatnya masa mula2...habis semua rakan2 bakers i kacau that day ertanyakan mcm mana nak dapatkan hasil yg terbaik..including Kak Nor Zalina..tq kak for yr willingness to teach me via FB walaupun masa tu u sedang dalam percutian..tq kakak ;). What I did was..campurkan sikit CMC pd fondant...and sapukan icing sugar pd mould..then gelekkan fondant atas mould tu...be very careful bila keluakan fondant dari mould coz it will be so small and nipis and mudah koyak..it took me the whole morning to master it..if susah guna pin untuk removekan fondant tu and terus tampal pada kek...once u dah master the technique, it will be easy then..so to make it very english looking, I tampalkan keliling kek..which took me the whole afternoon to do it..but hasilnya berbaloi..cantikkk....
So this is the bottom tier...keknya memang besar..a 14 inch cake...and kali ni susunannya I buat sebaris kebelakang...coz i nak menampakkan lebih lingkaran dibahagian hadapan...as if bunga2 tu terkeluar dari celahan kek....
And as for the second tier...I used bigger size lace and different design too...but tiada bunga menghiasi tier ni..i just wanna a white tier yg romantic...sebab tu ada white butterflies..I love butterflies and as usual...semuanya diairbrush dgn white pearl Americolor sheen..
And for the top tier..or maybe i boleh panggil topper kot...actually it was a dummy
So it was filled with bunch of roses yg dikelilingi butterflies...

And here is the final rupa of the whole set..ans as usual the tier separators were done by my darling munchkin...
This cake was sent to Seremban and alhamdulillah the pengantin and her sister..both Farahs love the cake..Alhamdulillah...

To Farah senior..semuga rumahtangga berkekalan hingga ke Jannah and to Farah junior..when yr time comes do contact me...;)
Posted by sweetmunchkiny (shikin - 012 606 9494) shikinbasiron@gmail.com at 9:42 AM 0 comments
Labels: 2 tier cakes, english theme, fondant wedding cake, pink and white
Sunday, February 6, 2011
Jasamu dikenang...catatan istimewa utk 2 insan istimewa...



Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulamak mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa....
Salam buat semua...kata2 puitis diatas memang menyentuh perasaan and i'm not sure siapa penulisnya..but ia begitu menyentuh perasaan...walau apa sekalipun kita..setinggi mana kita berada..semuanya bermula dari seorang guru biasa...tanpa mereka kita kita iarat layang2 putus tali..terbang tanpa hala tujuan..to all the teachers...semuga Allah memberkati segala usaha mendidik anak bangsa menjadi seorang manusia....
Well...this wedding cake dibuat istimewa untuk sepasang suami isteri yg sungguh istimewa and banyak berjasa to me...Cikgu Haji Zainudin Mah Jilis dan Cikgu Hajah Rohaya Alias...bekas cikgu MRSM Muar dan sekarang mengajar di MRSM Pontian...and they were my two advisors in MRSM Muar dari form 1 hingga form 5..kiranya macam ibu and ayah kami di MRSM..and there was one bad incident which tarnished my name but my dad..Cikgu Zainudin was the one yg membela I coz he knew I didn't commit the offense and till now I really appreciate the trust that he had in me...Banyak and besar sungguh jasa kedua2 mereka didalam proses pembelajaran and pembesaran I...and tidak terbalas budi mereka..so when their eldest daughter kahwin..i offered to do the wedding cake for them as a token of my love and appreciation for this two insan yg sgt istimewa...terima kasih cikgu...and by the way..i had known both of them dari zaman bujang mereka...and when they announced they were getting married we were so happy..so actually i had known both of them way before the pengantin was born..oh dear...i'm so old already...lol
Since both of them are very special to me...I decided to buat something very special and this was the first time I came up with life size flowers spray...and I chose Cathaleya orchid as the main flowers and accompanied with other wild flowers and berries..and leaves and I tried my best to make them as realistic as I could...tak lah susah sgt buat bunga2 ni..yg penting kena canai senipis yg boleh and mengikut bunga yg asal...I decided to choose a white cathaleya with some pinkish lips..and purple wild flowers and some orange berries...supaya complement dgn tema perkahwinan...purple...
And in this spray..i gunakan few techniques which i learned from brother Shahril in making flowers...dusting, airbrushing n lot more..and I also refer to Alan Dunns book...trust me...tak perlukan seorag yg kreatif to come up with this flower..sesiapa sahaja boleh buat..asalkan sabar and yg penting punya keinginan..pls jangan mengalah sebelum mencuba...we won't go far if we keep on saying to ourself or to others that we are not creative..once u said that, it will block evry capability that u hv..so dear friends always mencuba and always believe we can do it...
There was a story behing this my first spray...it took me from morning till afternoon to complete the arrangement.maklumlah orng baru..sterkial2 dibuatnya..sakit juga tangan memintal the wires...I had to make sure the arrangement tersusun cantik and in place..bukan caca merba...Actually i memang tak pernah susun bunga...I don't like to do floral arrangement..rasa mcm tangan kayu aje...ut as i said earlier...do not use it as an alasan..think positive..and alhamdulillah, I was very satisfied with the arrangement...When everything was finished and i was so lega..so I decided to keep it in my cabinet coz nak solat zuhur..letak sahaja.."bump"..i tak perasan ada satu kayu tebal kat tepi cabinet tu..mybe my kids yg letak...and it falled right on my spray....terhenti nafas I for few seconds..rasa nak menangis..coz it hit my main flowers..one of the petal patah...nasib baik bukan the lips...and few others also patah...sedih sgt...tk sempat ambil gamar..bayangkan dah penat buat n patah dalam sekelip mata....so lepas solat zuhur, I buka balik semula spray ni...buat balik petal yg baru and buang bunga yg patah..ganti yg baru..nasib baik ada buat lebih...and redo balik....and this time it took me only about 10 minutes to complete the spray coz maklumlah dah tahu mcm mana kedudukannya...alhamdulillah...but sedihlah juga...
For this special cake, i decided to do some painting at the sites and the colours senanda dgn warna2 spray i...pink, orange, purple and hijau. Semuanya dilukis tangan dgn menggunakan berus number 1 and 3/10..ada dijual dikedai stationery or craftshop. I didn't use any templates..everything was freehand and base on imagination..and i wanted every pieces to be different from each design...mye painting is another thing which we can just let go all the imaginations that we hv...By the way..i gunakan color Wilton..
This was a two tier set..and this time I used different hues of purple for each tier..yg bawah huenya lebih gelap sikit and both of them i airbrushed dgn pearl sheen..as for the borders...i gunakan purple yg lebih gelap n tried to make it as simple as i could coz I wanted the spray to be the main attraction..and kali ni susunan kek pun semuanya kebelakang untuk memberi ruang for the spray...and the spray was assembled at the venue..coz i didn't dare to take the risk of it jatuh during transportation infact all the way to the venue, I pegang spray tu..mcm baby pulak...he..he..he...

So the spray diletakkan di atas kek bila sampai dilokasi..by the way...i did balutkan bawahnya dgn aluminium foil dan juga flower pick yg i buat sendiri...ha..ha..ha..save my money....no need to buy the expensive one..and i owe this to my darling munchkin creativeness..what he did was..he cut the buble tea straw...and bentukkan sperti flower pick...it's important to use a flower pick or aluminium foil bila we want to cucukkan bunga..during my early days..i admitted..i just prick the flowers to the cake..maklumle belajar sendiri..but actually we are not supposed to do like that...so now every of my flowers mesti i gunakan aluminium foil untuk balutan and my homemade flower pick...then baru dicucuk pada kek...and now i always pesan pada my customers..do not eat the flowers..penat buat...and lagi satu ia boleh dijadikan kenangan perkahwinan..if disimpan betul..ia boleh tahan bertahun lamanya...syarat jgn kena air or simpan ditempat lembab..and for my fecorator friends..i find a way to simpan my flowers..walau hujan lebat macam mana pun ia tak akan "layu" or sweating..and no aircond..simpan didalam kabinet or bekas yg tertutup..or dlm kotak...and insyaalah ia akan tahan..

So alhamdulillah...mission accomplished..frankly speaking, berdebar juga buat cake ni..maklumlah, this the first time i menggunakan this kind of design ..takut people won't appreciate it and yg paling mendebarkan I...this cake was for my cikgu...he..he..he...i do not know why...wlaupun usia i dah tua..tp bila dealing with my ex-teachers I masih lagi rasa that i'm still under their pengawasan...to me, teachers always have special place in my life...mcm mana tinggi pun ilmu kita and sekaya mana kita pun..always remember...we owe it to our dearest cikgu2 yg pernah mendidik and membimbing kita...I was so happy to meet my "dad" and "mum" for the first time after 23 years...and alhamdulillah they like the cake..so that means...i passed....ha...ha..ha..mcm exam pulak...


Well before i quit...will like to extend my thank you to both Cikgu Haji Zinuddin and Cikgu Hajah Rohaya...maybe i never say this before to both of u..but terima kasih yg tidak terhingga diatas segala jasa cikgu berdua didalam mendidik dan membimbing saya...menjadikan saya sebagai seorang manusia...terima kasih tidak terhingga..halalkan segala ilmu dan bimbingan yg dierikan...tiada apa yng boleh diberikan bagi membalas budi baik cikgu walaupun segunung intan dan emas permata..hanya doa kepada Allah supaya dipanjangkan umur cikgu berdua, diberi kesihatan yg elok dan semuga sentiasa dirahmati and diberkati Allah..jasa dan budi baik cikgu akan saya bawa sehingga mati..terima kasih cikgu...

Posted by sweetmunchkiny (shikin - 012 606 9494) shikinbasiron@gmail.com at 1:38 PM 0 comments
Labels: 2 tier cakes, fondant wedding cake, life size flowers, pink and purple