BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 25, 2009

Kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya anak2 sanggup buat apa sahaja..



Yes finally ada masa untuk update this blog and this time memang excited untuk persembahkan a very special cake...all my cakes are special actually but this time teramat istimewanya..sebab...cake ini was requested by a very sweet daughter for her mom and dad...Qilah...classmate my daughter. She wanted it to be a suprise for her mom...so dengan malu2 dia minta I buatkan a very special cake for her umi and abah yg celebrate their birthdays a month apart..her umi suka pink and her abah suka merah..tu saja yg diberitahu..and she told me that she had small budget...I tak fikir pun pasal harga kek tu...yg pentingnya I had to do it for her coz of her thoughtfulness untuk menghargai kedua2 umi dan abah dia...In my mind, I dah terbayangkan keknya nanti mesti kena ada element romantic and sweet...puas dok fikir.



Mula2 ingat nak buat couple holding hands...stick figures..tapi tak romantic pulak..then terfikir nak buat a pair of white dove..but then changed my mind..coz to me a pair of swans explains everything..the warmth of love, closeness, kesetiaan..etc
and begitu jugalah dengan umi and abah Qilah...abahnya sedang bertugas di Vietnam and Uminya sorang2 handle 6 kids in Melaka tanpa sebarang pembantu..sebab tu I want my cake tu menceritakan kisah cinta, kasih sayang and kesabaran mereka...normally most of my cakes ada cerita...so sebab tu kepala swan betina tu terlentok and tunduk didada swan jantan..bukanke begitu hakikat kehidupan suami isteri yang sebenarnya? Isteri harus patuh and tunduk pada suami selagi suami tidak menyuruh membuat kemungkaran and membelakangkan Allah. Once kita dah bersuami, segala kehidupan kita adalah untuk suami and to me, setiap pasangan harus banyak mendalami ilmu rumah tangga...especially about tanggungjawab suami isteri..bila kedua2 pasangan faham akan tugas dan amanah yg harus dilaksanakan maka InsyaAllah bahagialah rumahtangga..mesti ada perasaan tolak ansur and saling faham memahami antara satu sama lain..tapi andaikata ada perkara yang tidak menyenagkan hati..tegurlah...tapi tegur dengan berhikmah..jgn terus hendak melenting. Zaman sekarang tidak sama zaman mak ayah kita..to me zaman sekarang amat mencabar untuk kaum wanita coz lingkungan sosial kita besar and teknologi telekomunikasi pun terlalu canggih..and sampai ada yg disalahgunakan..tak hairan sekarang kalau kita dengar ramai isteri yang curang pada suami...ada boyfriend diluar and tidak kurang pula masih boleh bercerita dengan bangga tentang affair mereka...semuga Allah menjauhi kita dari melakukan perkara2 yang dilaknati Allah...semuga kita akan bertemu dgn suami kita di Jannahtul Firdaus..biarlah kita yg menjadi ketua bidadari pada suami kita...amin..


Back to the cake...it was a chocolat moist cake covered with buttercream...and fondant figures..dihas dengan pearl sugar and bby the way..swans tu I sapukan dengan violet pearl dust..tu yang nampak kilat. I decided to use the pearl sugar..sebab..bila Qilah minta I buatkan kek ni dengan bersungguh2 (she kept on calling up my daughter tanya macam mana rupa kek ni..but i cakap dgn dia rahsia...) I dapat rasakan the warmth of her love towards her parents and the pearl sugar..dapat menggambarkan sesuatu yg sungguh istimewa dan tidak ternilai harganya...kasih sayang seorang anak pada umi and abahnya. Qila minta anak I bawa kek tu kesekolah and dia sudah sediakan beg untuk sorokkan kek tersebut dari uminya...but I told her not to worry, Aunty Shikin akan hantarkan kerumahnya..so mak dia akan lebih suprise lagi...but it turn out I yg surprise coz bila sampai kerumahnya malam tu, Qila straight away ambil kek tersebut and sorokkan dalam bilik dia..nasib baik umi dia di dapur...but bila Uminya muncul, she invited me in..sebab katanya dah disiapkan juadah untuk I...rupanya she thought I datang berjalan kerumahnya....hmmm..I pulak tak boleh bagitau sebab sebenar kedatangan I....nak cakap jalan beraya..raya dah abis...tak kan nak cakap I datang untuk Deepavali...dlm sibuk2 Umi dia dgn I, Qila and her sisters dah nyalakan lilin and buat surpise untuk umi mereka..and she was so suprised..but happy..so barulah I boleh cakap kat dia tujuan I datang...This was the first time, I turut serta dgn majlis yg melibatkan my cake..and bila cake dipotong..it was like..ouch...biasalah kan..but I was happy to be involved in Qila's suprise project...the best part in cake decorating is when you see all the happy smiles...(he..he..he..pls ignore the scene dlm tv) it's worth more than money...happy birthday to umi and abah Qila ..to bad he is still in Vietnam..but I'm sure dia dapat merasakan kasih sayang anak2 dan isteri tersayang yg sabar menunggu kepulangan beliau...semuga keluarga mereka dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan hingga ke akhirat..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails