BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

A "bunch of loves" for a wonderful Ummi....


Sorri for not updating this blog for soooo long..had been busy with my kek lapis for hari raya haji and also tempahan kek for hari raya...however, hope it's still not too late for me to wish all my muslim friends...Selamat hari raya haji @ qurban...talking about korban...korban bukan setakat korbankan lembu or kambing...and bukan setakat dlm bulan zulhijjah sahaja...dlm hidup kita banyak sungguh pengorbanan yg harus kita buat....tidak kira apa saja pengorbanan yg harus kita buat..buatlah dengan ikhlas dan kerana Allah...coz insyaAllah, setiap pengorbanan yg iklas akan memberi ketenangan kepada kita...

Ok..let's talk about cake...kek kali ini ditempah khas untuk ibu Aqilah (sekali lagi.....last month ditempah oleh Qilah sendiri sempena meraikan bday abah n ummi dia..yg jatuh pada tarikh yg sama tapi bulan berlainan...) but this time the cake was requested by their aunty...Erra...she requested to have "all the bunch of Hanim's loves" to be shown on the cake..her lovely kids....Amalina, Afina, Aqilah, Auzai, Rabiatul and Aqil..



This is my first hexagon cake....not haxagon actually..but bolehlah..he..he..Actually, at first nak buat semuanya fondant and every side of the cake jadi mcm bilik all the kids with different colors...however kena tukar plan..coz in this kind of weather, fondant jadi lembik...so susah nak handle piece by piece...lama juga duduk fikir...then suddenly teringat gambar yg I ambil waktu hantar kek swan dulu...so I decided to "reproduce" the picture ke atas cake..but of course with bits of changes...cake semestinya warna pink...warna favorite Hanim (qilah's ummi) and I letakkan bunga2 merah and yellow...tepi kek..i sulamkan dgn bunga2an kecil..and atas kek board i penuhi dgn daun2 kecil yg ditaburi dgn bunga2 kecil juga...the word "we love ummi" guna cutter and sengaja i buatkan "lubang2 jahitan" untuk mencerminkan kewanitaan...all in all..this cake represent the sweetness and the feminine side of a mother...and of course a motherly love...to be honesst, I really kagum dgn Hanim...she handles all the six kids alone tanpa sebarang bantuan dari maid...and me..tengah cuba adjust my life without a maid (my maid balik cuti kematian) and dikelilingi 4 org anak...and it's school holidays....he..he..he..semuga iman and kesabaran I kuat..kena belajar dari Hanim ni...;).





I suka sgt bila dapat abadikan all the six kids on the cake...puas rasa hati...to Erra..tq for the order...and pls..do not call me Puan....panggil makcik pun tak apa..coz to me...whenever refer me as puan...i rasa macam formal sgt...;) To Hanim...selamat hari ulangtahun...and semuga...u sekeluarga dirahmati Allah and dikurniakan kebahagiaan berpanjangan and semuga Amalina, Afinah, Aqilah, Auzai, Rabiatul dan Aqil membesar sebagai anak2 solleh and sollehah....by the way...maybe some of you tertanya2 yg lain semua nama mula dengan A kenapa Rabiatul lain..well her full name is Rabiatul Adawiyah..a very lovely name..semuga she grows up dgn semangat dan akhlak serikandi islam yg secantik namanya ini...



p/s : Actually dgn kek ini i sertakan sekali 3 batang lilin yg warnanya compliment dgn kek ni...why tiga? Coz memang untuk perempuan..lilin tak boleh lebih dari tiga...forever young..;)

Till we meet again...i'm so pack with my wedding cake in December...pada sesiapa yg ingin menempah wedding kek..please do it in advance...coz it seems..most of my dearest customers dah mula booking for next year...infact bulan 7/2010 pun i dah dapat tempahan....untuk cik andam Erin yg glamor satu Malaya.....another exciting proposal...semuga dipanjangkan umur...

Wednesday, November 18, 2009

Burger anyone?


This time round...a request by Lela's family AGAIN....(my novelty cake is making an impact to her family ;)...)..to design a cake for her SIL who loves food soooo much..at first, they requested to do a cake with the theme of 7-11....but then they let me to decide...so I decided to do a burger cake...

Bun burger...butter cake...daging burger...choc moist...garnish...fondant....chilli sauce...piping gel...all in all this was an easy cake...garnishnya...lettuce, cheese, onions, tomatoes....fries....and the sesame seed...fondant too...

But kali ni..i guna technique baru..steam buttercream....thankyou very much to my best friend Elaine...it was an instant lesson...and it was so easy to make the steam buttercream..but don't let the name fools u...i'm sure some of you are asking what is steam buttercream? Do we really have to steam the cream? The answer..no steamer was involved...All what u hv to do is to put the required amount of buttercream that you need in a plastic container ...do not use metal bowl, coz the heat will be too hot for the cream and it will be oily...use double boil technique...and stir the cream until everything has melt...then straight away pour the melted cream onto the cake...as for the color..since this was my first time using this technique...i added the color before the melting process...and when it melted..the color change darker...so next time, I will add the color later...i guess, after this i'm gonna use this technique...less messy..less hassle..he..he...he...to Elaine...thank you so much dear...I guess I've to practice a lot...coz it was supposed to be like fondant covered..

Thursday, November 12, 2009

SKUAD! sedia untuk terjun! 1, 2, 3 TERJUNNNN !!!!



Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andaikata kami gugur semua
Taburlah bunga diatas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


I love this song and memang hafal lagu ni...sebabnya..inilah lagu kami sewaktu kena kawad dizaman MRSM...lepas subuh hujung minggu dah tercangak untuk berkawad...he..he..he..yg menjadi ketua skuad abang2 senior..and still ingat lagi semangat we all untuk berkawad..berkobar2 if ketua skuad abang senior yg handsome...awal2 lagi dah bersedia..but if yg kurang handsome..alamatnya banyak kali dia jerit pun we all tak ready lagi..well those are some of the memories yg I simpan sewaktu zaman MRSM...cuma yg pastinya...bertahun2 I kena kawad...tak pandai2 juga..kiri bawak kanan..kanan bawak kiri..pening kepala I nak hafal all the movement...he..hee.he.. ni mungkin sebab kawad hanya nak tenguk ketua skuad handsome.....;)

I'm so excited this time to post my latest collection...dah tentunya kek askar...payung terjun lagi....to me this is my best work for novelty cakes...Super Theva dah jatuh no 2....



This kek dibuat khas untuk memenuhi permintaan hubby Lela...this time dia order in advance...Yazid...anggota para...payung terjun...he wanted an army cake for his birthday...good sign..my cakes are making an impact now...;)..dia just bagi hint kat Lela...rasa2nya Kak Shikin boleh buat kek askar tak? Hmm...and of course I kata boleh...sepanjang 2 minggu i duk sibuk fikir apa nak buat ye..mula2 ingat nak buat all the army gadgets..boots, id tag, hand granade, ponco...mass tin and mcm2 lagi....but bila kek dah depan mata dah jadi lain pulak...mula lah idea dramtic datang...since hubbynya anggota para...so mulalah terbayang askar landing selepas penerjunan...of course the deco kena sesuai dgn persekitaran..apa yg I bayangkan..askar tu terjun and landing ditempat yg berlumpur and berpasir...guna buttercream...ditaburi dgn brown sugar yg digelapkan dgn pewarnan..so nampak tone sikit...perasan tak..rumput2 pun diwarnakan senada...basically warna and pesekitaran mesti seimbang dgn adengan yg hendak dipaparkan..



Seperti biasa, I will try my best to get as close as I can..untuk semua..warna, imej and persekitaran...puas duk menguli warna untuk pakaian seragam, beg and payung terjun...gunakan marble technique..tapi untuk kelihatan bersepah pecahan warnanya..i buat beberapa biji bebola coklat and di campurkan dgn warna hijau...actually campuran hijau pekat, orange and a little bit of kuning...

By the way, semua deco tu boleh dimakan..tak ada sebarang penggunaan batu kerikil yg betul digunakan...he..he...he....coz bila dipamerkan kek tu di kedai i di MMU, ramai adik2 yg bertanya..kenapa letak batu betul? They all ingat tu batu betul...semuanya dari fondant...




This time, i fokuskan pada movement and juga facial expression...lingkaran tali payung terjun and lipatan payung terjun I tried my best not to nampak kaku...especially lipatan payung terjun tu..



Mukanya I buat as if dia benar2 terperanjat dari "landingnya" maklumlah selalunya landing berdiri...but dia landing baik punya...tertiarap...just imagine apalah agaknya perasaan setiap anggota tentera kita apabila mereka membuat penerjunan payung terjun? I can't imnagine bagaimana resahnnya hati para isteri mereka yg sentiasa mendoakan keselamatan suami mereka...my big salute kepada semua para isteri askar..mereka memang wanita berhati waja...Mukanya memang dihitamkan...dah namanya askar...and by the way..warna baret tu memang warna original baret Para..

Masa buat set ni pening juga kepala I bila men"google" gambar2 yg menunjukkan peralatan askar..coz tak banyak gambar yg ada with all the details..so I buat semuanya berdasarkan kepada ingatan dan pengalaman I sewaktu di MRSM..yup..kami sering terlibat dgn aktiviti2 lasak yg melibatkan tentera..program jalan lasak selepas SRP, kem tentera di Asahan..and banyak lagi program and semuanya menyeronokkan...and kami selalu dibekalkan dgn peralatan tentera..but payung terjun tak adalah....




And ucapan "hepi b'day" memang sengaja dituliskan dgn warna kning..warna tentera...diletakkan di payung terjun...senapang jga dibuat dgn fondant berdasarkan imej sebenar senapang mainan anak lelaki I.....and senapang tu masih tergenggam kemas walaupun landingnya tak baik, coz itulah tanda bagaimana para askar sentiasa mendahulukan amanah dan tugasan mereka walau dlm keadaan apa juga pun...mereka samasekali tidak akan berundur...and ibarat kata perwira terbilang kita...Kanang Anak Langkau..Agi Idup Agi Ngelaban..selagi hidup selagi melawan !!! And sepatutnya kata2 inilah yg harus disematkan dalam hati kita...jgn putus asa...and jgn fikir negatif....jgn kata kita tak kreatif..coz itulah pematah semangat untuk menghasilkan karya yg terbaik....




All in all, I was so happy with this cake...sooooo happy coz ia lain dari yg lain...I minta izin Lela untk pamer kek ni di kedai I sementara menunggu untuk diambil...and sesak jadinya bahagian yg I letakkan kek...ramai yg mengambil gambar kek ini and penat i nak jawab soalan..but I was so happy coz dapat tunjukkan kelainan in my work...Lela called to thank me..and Yazid was so happy with this kek payung terjun...terus ambil gambar untuk ditunjukkan pada kawan2 dia. As for my hubby pula...dia kata, siap sedialah u...nanti semua anggota para minta u buatkan kek payung terjun..;)..I senyum aje..sambil jawab lepas ni i buat kereta kebal meletup...;)





p/s By the way..jgn ingat semua kerja kita boleh perfect terus...ha..ha..ha....just see how my first askar ... anak2 I (pengkritik paling utama after my munchkin) cakap muka askar ni macam muka meow....ha..ha..ha...memang betul cakap they all....

Tuesday, November 10, 2009

Hadiah untuk bapak mentua dak Anja....



Hmmm..mcm mana hadiah "sang bunga" yg bulat dah tukar jadi empat segi? Kecil pulak tu? Actually...this "bungkusan hadiah" was done for my dear brother..dak Anja...khusus untuk bapak mentuanya yg bertandang dari Mersing.. an immediate request...and as normal..being kakak yg sulung....I guess this is the kelemahan for every kakak sulung...kita selalu tidak mahu menghampakan permintaan adik2 kita walau penat or susah mcm mana sekalipun ..kita tak akan menolak permintaan mereka..and kita tak akan menghampakan harapan adik2...bkan sebab nak dapat balasan or minta dihargai...but atas dasar tanggungjawab and kasih seorang kakak pada adik2nya...

So petang tu, walaupun actually I dah penat sangat..apa tidaknya ? Dari pukul 530 pagi dah bangun..lepas habis tanggungjawab I dngan Allah, terus duduk di workstation I...siapkan kek kahwin Hana and kek special untuk Alia...bila my brother..whom I panggil Anja...minta tolong sangat2 buatkan kek untuk bapak mentua dia, I terus kata ok..(seingat I ..I sorang aje yg tak pernah panggil nama dia yg sebenar...dari dulu lagi he is always my little brother and sebab tu lah..walaupun badan dia tiga kali ganda besar dari I..ahemmmm..hint untuk suruh dia diet ni...;)...I masih panggil dia Anja...ha..ha..ha..kadang2 dia malu bila panggil mcm tu depan kawan2 dia..but nak buat mcm mana..sampai tua pun or sampai I mati, memang I akan panggil dia Anja..)



Sambil buat kek Hana, kepala I duk ligat fikir apa I nak buat untuk kek dak Anja...dalam masa yg sgt singkat..it has to be done before maghrib coz we will be hving dinner with bapak mertua dia..Hj Hussin...and it would be a suprise for him...bila masuk dapur..tenguk ada lagi lebihan krim dari kek "sang bunga"...normally I tak akan repeat my design..but kali ni terpaksa...sebab nak cepat...actually idea kek hadiah ni i dapat dari satu site...bukan site cake..tapi a quilt site...tu yg selalu I buat bila nak dapat idea...masuk site yg tak berkaitan dgn cake pun kita boleh dapat banyak idea...yg penting imiginasi kita harus berjalan..don't worry, sometimes kita rasa kita tak creative, tak da idea..and mcm2 lagi yg boleh buat mood kita down...jgn putus asa...teruskan buat...letak aje kek depan kita..once kek dan bahan2 semua dah ada depan kita, idea insyaAllah datang...jgn takut untuk invest in gadgets..normally bila I pergi ICCA or Bake With Yen, ada aje barang yg mesti I beli..walaupun I tak perlukan masa tu...especially the decoration items and gadgets..hatta kecil mcm mana sekalipun...coz wew never knew bila kita akan perlukan gadget2 tersebut...I masih ingat lagi...zaman2 dimana I masih belum kenal buttercream...I shopping sakan beli barang2 Wilton (he..he..he...nasib baik my munchkin sporting sgt masa tu...lagipun dia nak bagi semangat kat I..he knew yg I sedang cuba sedaya upaya untuk menyibukkan diri demi untuk melupakan kesedihan I meratapi pemergian my darling mum..)..infact ada diantara brg2 tersebut yg belum i gunakan lagi...but it gives me the inspiration and sebagai penyuntik semangat untuk mendalami bidang menghias kek...so jgn takut untuk "habiskn duit beli gadget deco"..those things will become handy disaat2 kita mati idea..

Ok..back to cake dak Anja (org melaka biasalah dgn panggilan "dak" ni),I rasa semua org dah biasa buat kek bentuk hadiah..so saje aje nak kelainan...bila tenguk design quilt kat site tu..terus fikir..I nak adaptkan idea quilt on my cake..so biar nampak mcm kertas bungkusan hadiah yg lain sikit...berbekalkan idea and bahan2 lebihan dari kek Alia, I buatkan satu lagi bungkusan hadiah yg sama warna, tapi contrast warna decorationnya...I'm very particular dgn warna..not all warna boleh ngam or dapat menaikkan seri kek...mesti cari adunan warna yg sepadan..tak payah banyak2 warna sgt..everything dari fondant...for the ribbons...letakkan gumtex sikit untuk jadikan ia keras...and the tali pun dari fondant..kebetulan masa I buat kek2 ni...Aqilah, kawan my daughter bermalam kat rumah I semata2 nak tenguk I buat wedding cake..siap ambil gambar and video lagi...cuma dia miss masa I buat tali tu...puas dia and anak2 I tanya mcm mana I ikat tali jadi bersimpul....they all ingat I betul2 ikat tali tu mcm tali biasa...actually, just ambil fondant yg dibentukkan menjadi seperti tali..kelar2 sikit supaya nampak real...balut aje keliling tali yg ada...senang aje kan...susun le tali tu supaya nampak real and tak kejung semacam...





And saja I lakarkan doa untuk bapak mentua dak Anja...semuga dirahmati diatas "tag putih" yg dibuatkan beralun...I love to see "movement" in my artwork...finally siap juga kek ni...I took about 20 minutes to finish the deco..sebab "dah expert"...he..he..he...a repeated artwork...walaupun simple...but I love this cake...
So pd hari yg bertuah tersebut...walaupun teramat penat...I was so happy coz dapat menyempurnakan hajat Hana...selamat berbahagia.."sang bunga"...semuga bunga2 persahabatan makin kembang mekar and pada my dearest little brother...dak Anja...semuga menjadi anak dan menantu yg sentiasa mendoakan abah dan emak and juga mak and abah Hussin. Hilang penat bila kita boleh menggembirakan org lain..




Pak Hj Hussin was so teruja bila terima kek dari menantu kesayangannya...pd Pak Aji Hussin, semuga panjang umur..dirahmati Allah sentiasa...and selamat menunaikan ibadah haji bersama isteri tersayang..semuga mendapat haji yg mabrur, InsyaAllah..dan sampaikan salam rindu kami kepada Kekasih Allah...InsyaAllah panjang umur..murah rezeki kami semua..akan menurut jejak sujud di hadapan rumah Allah..Amin

Wednesday, November 4, 2009

Cerita kumbang dan bunga...




This time, I hv to rahsiakan siapa empunya gerangan yg menempah kek ini..but kek ini boleh dikatakan sebagai pembuka bicara kepada sebuah perhubungan yg mungkin akan berkembang mekar..pesan sidia...kak jgn nampak special sgt but jgn terlalu simple..hmm..maksudnya tengah2 le tu...so puas I dok fikir mcm mana I nak buat...


Normally for birthday cake..org selalu bagi kek yg biasa...if nak dibuat luar biasa nanti termalu pula sipemberi takut di cop perasan pulak...so untuk menampakkan yg sipenerima ini lebih sikit special tanpa memalukan sipemberi...i gubah kek ni sebagai satu bungkusan hadiah...secara tak langsung it tells si kumbang yg dia ada peluang untuk memulakan langkah...sebab tu kek ni digubah sebegitu rupa..if dia tak special..dapatlah kek yg simple aje le kan...

Sang kumbang suka warna turqoise and si bunga pula sukakan merah...masa ni le katanya...so sebab tu I buatkkan bunga2 merah bertaburan diatas "kertas pembalut" buttercream berwarna turqoise..and sebagai nak bagi clue kepada sang kumbang...saja I taburkan love putih yg kecil...so tak lah nampak ketara sgt...



Riben kuning dari fondant..senang aje nak buatnya..I'm sure ramai yg expert buat riben ni..and sekeping nota kecil bertuliskan Happy birthday..diikat dengan seutas tali merah...memang kek ni dibuat istimewa untuk sang bunga supaya terlaksana segala impian...actually waktu ni I memang kesuntukkan masa coz I ralit meyiapkan wedding cake Hana..but tak sanggup tolak permintaan bila dapat tahu tujuan kek ini diberikan...kepada sang bunga...semuga sang kumbang udah memulakan langkah dan sekiranya ia berhasil..jgn lupa tempah kek istimewa dari I...definitely i will be the happiest person to do the honor ..hmmmmm..semuga semuanya berjalan lancar..



i will always pray for you..cuma satu nasihat ikhlas dari I...kita sering menangis bila apa yg kita hajati tak tercapai..sampai nak terbalik dunia dibuatnya..maklumlah kita dah penat merancang..but Allah maha kaya..masa pengasih..insyaAllah, Allah akan menemukan kita dengan satu sinar yg lebih terang..sinar yg akan mententeramkan kita..sinar yg akan menyelimuti kita dengan penuh kasih sayang yg ikhlas...lupakanla
h hari2 semalam yg menyakitkan hati kita..bersyukur pada Allah that u hv been given petunjuk sebelum melangkah pergi lebih jauh...Allah is the best planner...Good luck dear...

Monday, November 2, 2009

Bingkisan istimewa untuk Tuan Puteri


Baru saja siap upload the picture of my first wedding cake when someone called and tanya pasal kek tersebut...first call dari Hana. Dia call dari KL and tanya wether I boleh buatkan kek pengantin 2 tingkat untuk majlis persandingan di Bukit Baru Melaka dengan tema coklat and putih...bila dengar saja kek pengantin I was so excited..peluang keemasan..seronok menghias kek pengantin berbeza dengan seronok menghias kek harijadi or hantaran...so bermula dari panggilan yg pertama, I dah mula start "berimiginasi"...few calls few sms...and satu sms yg buat really I terperanjat bila I betanyakan nama pengantin...nurulhana and Azizul...actually tuan punya badan sendiri yg membuat tempahan...lagilah I berdebar..coz mesti expectationnya terlalu tinggi...and Hana nak keknya nampak sweet...banyak lakaran yg I buat...yup..normally I would do all the sketching and siap warnakan sekali...he..he..he..berapa banyak sketchingpun..selalunya hasilnya pasti lain dari apa yg I gambarkan...bila kek yg dihias sudah berada depan mata..masa tu lah your imagination akan run pada tahap maximum....

Oleh kerana Hana nak keknya look sweet so I bayangkan yg bunga2 ros kecil mengelilingi tepi kek and disulami dengan bunga2 kecil sebagai penaik seri..of course warnanya I kena pilih rona warna yg sepadan...for wedding cakes, I prefer to use 2 main colors..extra color mesti yg sepadan...and warnanya mesti ada rona yg berbeza so tak nampak statik...and seperti biasa...I buatkan bunga ros...mula2 ingat nak guna cala lily...tapi hati I masih terlalu cintakan bunga ros...raja segala bunga...so few days in advance I dah buatkan bunga2 tu batch by batch..I tak buat fondant sendiri...I gunakan fondant yg sedia ada terjual and campurkan dgn gumtex powder...ia akan lebih mudah untuk digubah..lebih elastik and boleh dicanai senipis yg boleh...it's very important to canai senipis yg boleh so..alunan kelopak akan nampak "real".

I really enjoy buat cake ni....masa Hana cakap temanya coklat and putih..and nak a sweet cake...I know it will be a challenge for a rookie like me...coz warna coklat selalunya nampak keras...alhamdulillah bila dah diadun dgn rona coklat yg lain dapat I merealisasikan hajat Hana...so bahagian bawah I lingkari dgn roses dikelilingnya...ditaburi dgn cherry blossom and lily of the valley...by the way, it is a moist choc cake...layered with vanilla buttercream icing...2 layer untuk bahagian bawah and 4 layer untuk bahagian atas...



Bahagian atas pulak, if ikut perancangan asal...nak letak few kuntum sahaja..tapi bila semuanya dah berada depan mata...lain yg dilakar..lain yg dibuat...so penuhlah atas kek tu i penuhi dgn bunga2 besar...yang warna coklat gelap paling besar and memang sengaja dibuat begitu sebab I nak ia nampak menonjol dari bunga2 yg lain and dapat menghidupkan dekorasi tersebut....



Berdebar juga bila hantar kek ni ke rumah sang puteri...maklumlah...Hana tak pernah tenguk hasil kerja tangan I yg sebenarnya..kami tak pernah berjumpa..berjumpa pun hanya dialam maya...and kek ini bukan untuk sebarang majlis..majlis persandingan dirinya sendiri...he..he..he..satu risiko yg besar untuk diri sang puteri...and pada firasat I, expectationnya mesti terlalu tinggi..dia sendiri yang menempah kek ini...sudah tentu dia mahu yg terbaik...akhirnya kek istimewa ini sampai ke teratak sang puteri and dipamerkan di ruang makan beradap...Hati I lagi berdebar bila tenguk pelamin and hiasan perkahwinannya...cantik sekali...pelbagai pertanyaan di kepala I...kek I tu memenuhi tak citarasa sang puteri...tak sempat bergambar dgn Hana sebab waktu I berjumpa dgnnya dia sedang bersiap untuk majlis resepsi..what I can tell, she looks so sweet and adorable..




Sepanjang weekend I berdebar tunggu respon dari Hana...nak sms takut mengganggu but finally hantar juga sms pada Hana...frankly speaking..berdebar2 tunggu balasan...sempat cakap dgn munchkin I..mesti kek I tak dapat memenuhi hajat hati Hana..so nak download gambar kek tu pun I tangguhkan dulu...pukul 12.15 malam...my husband kejutkan I dia kata cuba bacaa sms Hana...he knew I sedang "bersedih"..banyak kali I baca sms Hana..."sori late reply..Suke sgt ngn kek tu. Cute! sume org tanya kek tu and kata sedap. Mak andam saya pun tanya n saya dh bg blog akak kat dia" Sms nya ringkas tapi buat I lena tidur dengan hati berbunga dengan senyuman...Alhamdulillah..terlepas satu ujian...and ia menambahkan keyakinan I untuk terus berkarya...semuga selepas ini I akan terus dapat menghasilkan karya yg menggembirakan hari sang penerima...


Kepada Hana and Azizul...tahniah...semuga ikatan suci ini akan meyatukan kamu berdua sehinngga ke jannah..bukan setakat hingga ke anak cucu...kita mesti menyimpan harapan yg kita akan bertemu semula dgn suami kita dijannah and menjadi ketua bidadari kepada suami kita...banyakkan pembacaan membina rumah tangga berlandaskan Al-quran and sunnah...InsyaAllah bila kita faham tuntutan and tanggungjawab seorang ISTERI MUSLIM...kita akan dapat mendirikan rumahtangga yg penuh dgn kebahagiaan..masalah yg besar pasti akan menjadi kecil and akan menjadi pengukuh kepada paksi rumahtangga kita...berbincang, berpakat and selalulah rasa bahawa kita berdua sentiasa menjadi pengantin baru walaupun sudah berkahwin lama...satu perasaan yg sukar digambarkan...Tidak lupa juga, semuga dikurniakan zuriat yg solleh dan sollehah...Last but not least, tqvm dear for your trust in my artwork...semuga ia menjadi permulaan sebuah sillahturrahim...

Related Posts with Thumbnails