BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 2, 2009

Bingkisan istimewa untuk Tuan Puteri


Baru saja siap upload the picture of my first wedding cake when someone called and tanya pasal kek tersebut...first call dari Hana. Dia call dari KL and tanya wether I boleh buatkan kek pengantin 2 tingkat untuk majlis persandingan di Bukit Baru Melaka dengan tema coklat and putih...bila dengar saja kek pengantin I was so excited..peluang keemasan..seronok menghias kek pengantin berbeza dengan seronok menghias kek harijadi or hantaran...so bermula dari panggilan yg pertama, I dah mula start "berimiginasi"...few calls few sms...and satu sms yg buat really I terperanjat bila I betanyakan nama pengantin...nurulhana and Azizul...actually tuan punya badan sendiri yg membuat tempahan...lagilah I berdebar..coz mesti expectationnya terlalu tinggi...and Hana nak keknya nampak sweet...banyak lakaran yg I buat...yup..normally I would do all the sketching and siap warnakan sekali...he..he..he..berapa banyak sketchingpun..selalunya hasilnya pasti lain dari apa yg I gambarkan...bila kek yg dihias sudah berada depan mata..masa tu lah your imagination akan run pada tahap maximum....

Oleh kerana Hana nak keknya look sweet so I bayangkan yg bunga2 ros kecil mengelilingi tepi kek and disulami dengan bunga2 kecil sebagai penaik seri..of course warnanya I kena pilih rona warna yg sepadan...for wedding cakes, I prefer to use 2 main colors..extra color mesti yg sepadan...and warnanya mesti ada rona yg berbeza so tak nampak statik...and seperti biasa...I buatkan bunga ros...mula2 ingat nak guna cala lily...tapi hati I masih terlalu cintakan bunga ros...raja segala bunga...so few days in advance I dah buatkan bunga2 tu batch by batch..I tak buat fondant sendiri...I gunakan fondant yg sedia ada terjual and campurkan dgn gumtex powder...ia akan lebih mudah untuk digubah..lebih elastik and boleh dicanai senipis yg boleh...it's very important to canai senipis yg boleh so..alunan kelopak akan nampak "real".

I really enjoy buat cake ni....masa Hana cakap temanya coklat and putih..and nak a sweet cake...I know it will be a challenge for a rookie like me...coz warna coklat selalunya nampak keras...alhamdulillah bila dah diadun dgn rona coklat yg lain dapat I merealisasikan hajat Hana...so bahagian bawah I lingkari dgn roses dikelilingnya...ditaburi dgn cherry blossom and lily of the valley...by the way, it is a moist choc cake...layered with vanilla buttercream icing...2 layer untuk bahagian bawah and 4 layer untuk bahagian atas...



Bahagian atas pulak, if ikut perancangan asal...nak letak few kuntum sahaja..tapi bila semuanya dah berada depan mata...lain yg dilakar..lain yg dibuat...so penuhlah atas kek tu i penuhi dgn bunga2 besar...yang warna coklat gelap paling besar and memang sengaja dibuat begitu sebab I nak ia nampak menonjol dari bunga2 yg lain and dapat menghidupkan dekorasi tersebut....



Berdebar juga bila hantar kek ni ke rumah sang puteri...maklumlah...Hana tak pernah tenguk hasil kerja tangan I yg sebenarnya..kami tak pernah berjumpa..berjumpa pun hanya dialam maya...and kek ini bukan untuk sebarang majlis..majlis persandingan dirinya sendiri...he..he..he..satu risiko yg besar untuk diri sang puteri...and pada firasat I, expectationnya mesti terlalu tinggi..dia sendiri yang menempah kek ini...sudah tentu dia mahu yg terbaik...akhirnya kek istimewa ini sampai ke teratak sang puteri and dipamerkan di ruang makan beradap...Hati I lagi berdebar bila tenguk pelamin and hiasan perkahwinannya...cantik sekali...pelbagai pertanyaan di kepala I...kek I tu memenuhi tak citarasa sang puteri...tak sempat bergambar dgn Hana sebab waktu I berjumpa dgnnya dia sedang bersiap untuk majlis resepsi..what I can tell, she looks so sweet and adorable..




Sepanjang weekend I berdebar tunggu respon dari Hana...nak sms takut mengganggu but finally hantar juga sms pada Hana...frankly speaking..berdebar2 tunggu balasan...sempat cakap dgn munchkin I..mesti kek I tak dapat memenuhi hajat hati Hana..so nak download gambar kek tu pun I tangguhkan dulu...pukul 12.15 malam...my husband kejutkan I dia kata cuba bacaa sms Hana...he knew I sedang "bersedih"..banyak kali I baca sms Hana..."sori late reply..Suke sgt ngn kek tu. Cute! sume org tanya kek tu and kata sedap. Mak andam saya pun tanya n saya dh bg blog akak kat dia" Sms nya ringkas tapi buat I lena tidur dengan hati berbunga dengan senyuman...Alhamdulillah..terlepas satu ujian...and ia menambahkan keyakinan I untuk terus berkarya...semuga selepas ini I akan terus dapat menghasilkan karya yg menggembirakan hari sang penerima...


Kepada Hana and Azizul...tahniah...semuga ikatan suci ini akan meyatukan kamu berdua sehinngga ke jannah..bukan setakat hingga ke anak cucu...kita mesti menyimpan harapan yg kita akan bertemu semula dgn suami kita dijannah and menjadi ketua bidadari kepada suami kita...banyakkan pembacaan membina rumah tangga berlandaskan Al-quran and sunnah...InsyaAllah bila kita faham tuntutan and tanggungjawab seorang ISTERI MUSLIM...kita akan dapat mendirikan rumahtangga yg penuh dgn kebahagiaan..masalah yg besar pasti akan menjadi kecil and akan menjadi pengukuh kepada paksi rumahtangga kita...berbincang, berpakat and selalulah rasa bahawa kita berdua sentiasa menjadi pengantin baru walaupun sudah berkahwin lama...satu perasaan yg sukar digambarkan...Tidak lupa juga, semuga dikurniakan zuriat yg solleh dan sollehah...Last but not least, tqvm dear for your trust in my artwork...semuga ia menjadi permulaan sebuah sillahturrahim...

1 comments:

wizcakes said...

It's a beautiful cake. Love the colours!

Related Posts with Thumbnails