BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 12, 2010

Tempahan dan harga

Salam buat semua....masih dlm "percutian dari kek" lagi setelah sibuk sepanjang bulan November dan December yang lalu. Untuk makluman semua, saya amat menghargai sekiranya kepada sesiapa yang ingin menempah supaya dapat menghubungi saya terus untuk tempahan...kerana kadang2 saya tidak sempat membuka emel...Ramai yang menelefon untuk bertanyakan harga...dan entry kali ini adalah untuk untuk memaklumkan harga2 yang sering ditanya. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa harga adalah tidak mengikut berat kek, sebaliknya ia adalah mengikut :

Jenis kek

Samada kek butter, kek coklat, kek buah atau kek marble...i apologise coz ada yg bertanyakan kek sponge...saya tidak membuat kek sponge kerana ia tidak dapat menahan berat fondant.

Perasa / filling diantara lapisan kek

saiz kek
4 inci, 6 inci, 7 inci, 8 inci, 10 inci, 12 inci

Bentuk kek
Samada kek empat segi, bulat, hexagon, bentuk hati, bujur or ukiran tertentu

Hiasan kek yang dihajati
Samada mempunyai figurine atau tidak

Begitu juga dgn cupcake - berdasarkan kepada design, size dan juga jenis kek


Daripada sini, saya akan membuat sebutharga dan adalah lebih baik bagi tempahan kek kahwin supaya kita dapat bertemu untuk membincangkan tentang harga dan hiasan. Saya amat menghargai sekiranya pada sesiapa yg ingin membuat tempahan supaya dapat menelefon saya lebih awal supaya saya dapat mebuat persiapan yang sepatutnya dgn lebih awal dan teratur. Sehingga berjumpa lagi...salam buat semua.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails