BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 23, 2010

Juraian Mutiara Kasih

Salam pada semua...yup..this week supposed to be a busy week but kita merancang but Allah yang menentukan..for the first time in my cake deco history (he...he...he...mcm lama sgt) saya ditipu oleh seorang mak andam dari Kajang..tak payahlah sebut namanya..but hati ini terkilan kerana sebagai seorang makandam dia mesti tahu etika perniagaan begini..Bukan untuk mengutuk mak andam ini but supaya menjadi iktibar kepada semua cake decorator supaya mengambil iktibar dan berhati2 supaya tidak ditipu oleh manusia yg tidak berhati perut..Ceritanya begini..this mak andam kajang..tidak pernah saya jumpa..majlis perkahwinannya di Bemban..hujung minggu ni...Dia telefon saya dah lama..asking me to do cake kahwin tiga tingkat full fondant..beria2 call..but seperti selalunya saya cakap...sabar lama lagi..then she called lagi..nak buat tempahan hantaran Manchester United...lepas tu call lagi nak 200 cupcakes for VIP...Well...I blocked the date for her walaupun ada few orders coz I don't think I can manage it..2 weeks lagi dia nak kahwin..I called her..but tak angkat..finally dia angkat and tanya siapa ni? Hmmm..dia kata phone dia rosak sebab tu tak boleh call me..padahal my number ada diblog...at the same time masa buat tempahan, dia cakap dia baik dgn my friend Mak Andam Erin..and sepupu dia ada dua orng nak tempah kek kahwin from me somewhere in June and September..She told me the color of her cake..hijau lumut and putih and i dah beli dah barang2 utk hiasan. A week before..called her up..dia kata dia nak jumpa..actually banyak kali dia cakap nak jumpa but setiap kali nak jumpa ada aje alasan tak jadi..By the way, cake fondant tiga tingkat dah jadi kek buttercream...mak tak suka fondant..tak cantik, cupcake cancel..tupun sebab i yg tanya..sedara sponsor...kek hantaran tetap jadi..Hati ni memang rasa tak sedap..so i tak buatkan keknya..bila she got to know about the price..dia kata nanti dulu tanya mak...sampai lah kehari ni dia tak bagi maklum balas..Melaka is so small..Rupa2nya ada banyak lagi cerita tentang mak andam kajang ni yg i tahu dari kawan2 dlm bidang ini and semuanya cerita yang sama..terperanjat I. Kesimpulannya..this mak andam sebenarnya tak da budget tapi nak yg best...but apa salahnya if dari awal lagi cakap budgetnya besar mana..so boleh adjust accordingly and janganlah order ni order tu..and yg bestnya pada awalnya dia kata budget tak kisah..Memang marah sgt..it's not the money but this mak andam is in the same industry should know mcm mana rentak urusan perniagaan..at least give a courtesy call to cancel or minta maaf but dia buat bodoh aje...Now I know why ramai pasangan yg baru berkahwin tidak bahagia and ramai yg bercerai...coz dari awal lagi dah menganaya org..but to this Mak andam don't worry..sebagai seorang yg teranaya...I doakan supaya u diberi hidayah..tapi always remember..if kita menganaya org..one day kita akan dianaya lebih dasyat lagi..My mistake was, I didn't ask for the deposit coz I trusted her and she kept on saying that dia kenal baik dgn my friend..So pada cake decorator yg lain ambil iktibar...jgn sampai ditipu oleh org yg tidak berhati perut...To mak andam Kajang..semuga perkahwinan u di Bemban pada hujung minggu ni akan berjalan dgn lancar and semuga rumahtangga u bahagia hingga kejannah and semuga u diberi hidayah..coz bagaimana kita begitulah anak2 kita..coz kita adalah acuan kepada anak2 kita...if u are reading this, terimalah teguran iklas ini dgn hati yg terbuka.


Okay back to my cake story..so sorri I just want to let out my frustration..This cake hantaran adalah set hantaran yg ditempah oleh Kak Nora Qausar (Sesiapa yg berminat nak tempah cookie raya can contact her..i'll give u her number and deal straight away dgn dia..harganya amat berpatutan untuk pemborong..don't worry I don't take commission..ikhlas menolong rakan2). So as usual..i love to create a cake which does not look like a cake..so this time round..i decided to buatkan kotak jewellery..or kotak barang kemas yg dipenuhi dgn mutiara..Tema yg dikehendaki ialah warna emas...



Atas kotak ini..ditengah2nya dihiasi dgn sekuntum bunga mawar berwarna merah hati..and keseluruhan kotak ini berwarna putih dan dilingkari dgn lingkaran berwarna emas. Penutup kotak ini adalah real cake..yg diletak diatas board..Lingkaran ditepi bunga I gunakan patchwork cutter..memang berguna cutter ni..and tak susah sgt nak digunakan..By the way, I gunakan textured mat untuk membentuk corak diatas fondant putih..which I bought from Cake Connection..and pricenya very reasonable compared to W**** textured mat..ada 4 corak semuanya....bila dah siap gelek fondant tu..tekankan textured mat tu dibahagian atas..senang sgt..:)





Lingkaran tepi...I gunakan fondant bukan royal icing..and if dilihat betul2 sebenarnya ia terangkat dari permukaannya....I gunakan fondant extruder untuk membuat lingkaran ini..semuanya sama besar..dikeringkan and di airbrushkan dgn warna emas. And untuk mencantikkan lagi, i lekatkan keliling penutup ni dgn lingkaran pearl..i used my blue silicon mould which is so flexibe..and i got it from Sugarflours Bangi..ha..ha..ha..macm iklan pula...nope, bukan tujuan promosi..i don't earn anything pun..but just nak memudahkan rakan2 decorator utk mendapatkannya..

This cake is quite big...i gunakan board kek 14 inch..and beratnya jgn cakaplah..I had to bake two 9x13 inch cakes for this box..And every single thing of this cake was airbrushed..bahagian putih i gunakan pearl sheen..i really love the Americolor sheen set..by the way..it also comes in a big bottle which is lagi ekonomi..in Melaka u can get it from King Hin Bukit China..tak semestinya kena guna airbrush...boleh sapu dgn berus lukisan.



As for the lid..dilekatkan dgn royal icing and dibahagian depan ada dowel untuk menampung berat kek and supaya ia dapat dilihat seperti terangkat..this is my second experience so taklah berdebar sgt mcm sewaktu i buat the purple flower box dulu..By the way...mutiara tu memang dari fondant and edible..dibulatkan satu demi satu and dicucuk dgn benang..mcm nak buat rantai yg sebenar..and this was done by my daughter..I just want the box to look elegant..and mahal...




Bahagian alasnya..seperti biasa...alas fondant yg digubah supaya membentuk seprti kain satin..and diairbrushkan dgn warna emas..So the whole presentation..a jewellery box penuh dgn untain and juraian rantai mutiara..was so excited masa disiapkan..puas hati sgt..so was Kak Nora's family..komen Kak Nora..mereka tergamam and it was so different...alhamdulillah..



So sehingga kita bertemu lagi..pada my fellow cake decorator friends ambil iktibar dari pengalaman I..jgn sampai tertipu..And kepada readers lain yg mungkin ingin menempah..jgnlah takut...its better to berterus terang dari awal tentang apa yg dimahukan and juga tentang budget yg tersedia..we can go flexible tapi pada harga yang berpatutan...jgn kita cuba menipu and menyusahkan org lain especially bila kita hendak menempah kek kahwin..maybe nampak tak da benda..alah tipu kek kahwin..tapi bukankah kita sebenarnya hendak memulakan rumahtangga kita..if dari awal kita dah anaya orang.dlm proses hendak mendirikan rumahtangga..macam mana kita nak rumahtangga kita bahagia and diberkati..To mak andam Kajang...terimalah teguran ini dgn hati terbuka..

5 comments:

Farah Deeb said...

Salam, sabarlah ya. Alhamdulillah akak terima ni dengan redha, insyaallah Allah akan balas apa yang orang aniaya pada kita. Tak disini, dia balas di sana :) Saya pun pernah kene gak tapi mujurlah cuma tipu kuih apam rm25 je. tapi yang tak bestnya nama dahla sama ngan saya, call 2,3 kali ye-ye ndak amek tp bile tiba hari saya dah penat2 wat dia punye phone dah not in service. Call office memanjang kluar. So udahnya saya sedekahkan je kuih tu kt budak2 sekolah. @ least kalau dia tetiba x nak, just call me & let me know jelah kan. To all yg pernah kene gak, sabar jelah. Itu sume dugaan Allah je kan, kan, kan... :)

sweetmunchkiny (shikin - 012 606 9494) shikinbasiron@gmail.com said...

Yup sis..at least bagi courtesy call cakap tak jadi..ni sampailah ni...langsung tak da..it's not the money..but masa org..and at the same time kita tak dapat tunaikan harapan org lain...tq sis for yr comforting words..sama2lah kita berdoa supaya kita semua rakan2 bakers n decorators tak terkena..;)

Unknown said...

hem memang selalu juga dapat call yang berbau ikan 'fishy' macam ni Shikin. Jadi, kak Jun dah buat keutusan muktamad, semua urusan perniagaan mesti melalui email. Detail semua ada, cuma no surat beranak jer kak Jun tak mintak. Lepas tu deposit mesti ada. Soal dosa pahala sekrg ni org dah pandang ringan Shikin. Kalau org boleh makan ayam tak sembelih or kedai non muslim, jadi yang lain tu kita nak kata apa? Kita saja yang perlu lebih berhati-hati (p/s: sebab kak jun byk ambik iktibar juga dari pengalaman ditipu royalti buku masa aktif menulis dulu. MAsuk angin keluar asap Shikin. Ingat dpt beribu RM. Rupa2nya beribu2 rupiah pun tak ada).

Rina Sharif said...

kak shikin,

sorry to hear about the story.. mmg tak berhati perut org mcm tu.. saya pun dah kena tiga kali kak.. tapi sebab kawan2 kita tak lah ambil deposit kan. bila dah siap fondant2 semua.. call pun tak nak angkat.. tak apalah... rezeki org lain lah yang dapat makan kek tu..

by the way.. kek akak sangat cantik! i like~~ marvelous.. love the pacth work akak and also the sheen color.. saya dah cuba pakai sheen also.. tapi pki pearl dust plus with lemon.. and cantik result nyer! semua atas nasihat kak shikin! thanks!

Linda Hussin said...

Kak Shikin, now I get it. Been wondering since you post up in FB... Take care! XOXO

Linda

Related Posts with Thumbnails